Salam Sejahtera Buat Semua

RESEPI PMC




KERABU RUMPAI LAUT ( IBU KOLAGEN ASLI)



Bahan-Bahan ( utk sekali makan)

* sedikit mangga muda ( dipotong nipis2)
* 2 biji tomato ( dipotong ikut selera)
* 1 ulas bawang besar ( potong nipis2)
* Cili Padi ( kuantiti ikut sesuka hati)
* 3-4 ulas limau nipis
* Garam dan Sos Ikan


Cara-caranya:

1. potong rumpai laut ,Basuh sampai bersih, Ramas dengan garam dan gelur dengan Air Panas dan Toskan
2. Gaulkan semua bahan, Perah limau dan sediakan untuk di hidang ( kalau rasa dia x menepati citarasa, boleh lah tambah apa-apa yang boleh mengikut citarasa sendiri)


********************************************************



ULAM RUMPAI LAUT  




Bahan-Bahan ( utk sekali makan)

* sedikit Daging @ ayam yg sudah di rebus ( dipotong nipis2)
* 2 biji tomato ( dipotong ikut selera)
* 2 ulas bawang besar ( potong nipis2)
* Cili Padi ( kuantiti ikut sesuka hati)
* 3-4 ulas limau nipis
* Garam dan secukup rasa


Cara-caranya:

1. potong rumpai laut , Basuh sampai bersih, Ramas dengan garam dan gelur dengan Air Panas dan Toskan 

2. Gaulkan semua bahan, Perah limau dan sediakan untuk di hidang ( kalau rasa dia x menepati citarasa, boleh lah tambah apa-apa yang boleh mengikut citarasa sendiri)



********************************************************

SUP RUMPAI LAUT



BAHAN-BAHAN

air secukupnya
* RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
* 6 ulas bawang putih ditumbuk
* 4 ulas bawang putih diketuk
* 1 biji bawang besar(biar camtu je)
* kiub ayam
* sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
* telur dua biji
* sedikit halia diketuk
* Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
* Bawang putih dan merah goreng(optional)
* Daun Sup
* Sedikit batang celery dihiris
* Sedikit minyak masak utk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Tumiskan bawang  bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau.

2. Masukkan sedikit halia. masukkan isi ayam bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur.

3. Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar.

4. Bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut 

5. Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...



********************************************************

IKAN CENCARU SUMBAT RUMPAI LAUT



Bahan- Bahannya: 

* Semangkuk sedang rumpai laut 
(yang sudah direndam lembut)(dibersihkan dan dipotong halus/kecil)


* 2 ekor ikan cencaru besar
* Serbuk kunyit
Garam & secukup rasa
* 3 sudu besar cili kisar
* 10 gm rumpai laut (direndam) 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
* 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
* Ikan bilis (ditumbuk)
* Daun pandan

Cara-caranya:

1. Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.

2.  Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

3.  Sediakan bekas, campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.

4. Sumbatkan kesemua bahan tadi ke dalam belahan belakang ikan.

 5. Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.


********************************************************

RESEPI MANISAN RUMPAI LAUT (KOLAGEN ASLI)





Bahan-bahannya:- 

15 biji kurma china
15 biji longan kering
15 biji kacang teratai (lotus) (rendam)
15 gram gula batu
10 gram gula merah
5 gram snow fungus
1 litter air
35 gm rumpai laut (belum rendam)

Cara-caranya :-

1) Cuci dan rendam rumpai laut semalaman. Ia akan kembang seperti gambar diatas.

2) Potong rumpai laut kecil-kecil.. lebih kurang 1 inci.

3) Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukan bahan diatas (kecuali rumpai laut) selama 1/2 jam.

4) Matikan api dan biar air menjadi suam sedikit baru di masukan rumpai laut yang dipotong kecil.

5) Sedia diminum semasa suam atau pun sejuk..



********************************************************

PUDING SEAWEED



Bahan - bahannya :-

1/2  gelas rumpai laut ( Yang sudah di blender atau dipotong )

4 gelas susu penuh krim
gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa oren ( tak nak letak pun bole atau diganti dengan pewarna )


Cara-Caranya: -

1. Susu di panaskan hingga mendidih


2. Tambah rumpai laut dan biarkan ia mereneh sehingga ia  memekatkan.

3. Tambah gula, vanila dan perasa oren. 

4. Masukkan dalam bekas kecik. 





5. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk.



********************************************************

FRUIT COCKTAIL WITH SEAWEED


BAHAN - BAHAN

100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM & 
 (DIBILAS, TOS 3-4 KALI )
1 TIN BUAHAN CAMPUR
AIR SEJUK
AIS




CARA-CARANYA

1. POTONG KECIL-KECIL RUMPAI LAUT TERSEBUT SEDIAKAN MANGKUK.

2. MASUKKAN 1 TIN BUAH CAMPUR & RUMPAI LAUT YANG DIPOTONG2

3. KECIL DAN AIR KEDALAM MANGKUK YANG DISEDIAKAN


4. GAULKAN.

** UNTUK LEBIH SEDAP , TAMBAH AIS


No comments:

Post a Comment

Share